Peraturan Sekolah
bertujuan untuk membina pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil,
rasional dan bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang
harmonis dan teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Lembaga Disiplin sekolah akan meminda dan menambah peraturan dari
semasa ke semasa apabila timbul keperluan. Pindaan dan tambahan ini akan
diumumkan dan dikuatkuasakan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk
mengetahui dan mematuhi Peraturan Sekolah. Pihak sekolah berhak mengenakan
tindakan tatatertib terhadap sebarang pelanggaran Peraturan Sekolah.
A.
MASA SEKOLAH
1.
Sidang Pagi
Isnin hingga Khamis
7.20 pagi hingga 1.10 atau 1.45 petang
Jumaat
7.20 pagi hingga 12.35
2.
Sidang Petang
Isnin hingga Khamis
1.10 petang hingga 6.45 petang
Jumaat
2.15 pagi hingga 6.45 petang
Sebelum
Masa Sekolah, pelajar mesti bersedia untuk perhimpunan harian. Pelajar sesi pagi beratur
mengikut kelas masing-masing pada jam 7.20 pagi. Pelajar sesi petang beratur di
dewan terbuka sekolah sepuluh minit sebelum masa sekolah.
Pelajar yang datang lewat
dikehendaki melaporkan diri kepada pengawas bertugas atau Guru Disiplin untuk
mendapatkan surat salah laku pelajar dan surat iizin masuk kelas. Tanpa surat
ini, pelajar yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Surat izin ini
ditunjukkan kepada guru yang sedang mengajar kemudian dilekatkan pada buku
ponteng oleh Ketua Tingkatan.
B. KETIDAKHADIRAN PELAJAR
1. Semua
pelajar mesti hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan kecuali dengan
kebenaran bertulis daripada pengetua.
2. Pelajar yang tidak hadir
kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan cuti sakit
daripada ibu bapa atau penjaga dengan segera. Surat daripada ibu bapa atau
penjaga mesti menggunakan kertas surat dan sampul surat yang sesuai. Kertas buku
latihan tidak akan dilayan.
3. Pelajar yang memberi surat
doktor yang palsu atau memalsukan tandatangan ibu bapa atau penjaga akan
dikenakan tindakan tatatertib.
4. Pelajar yang tidak hadir
tanpa sebab dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk
buang sekolah.
5. Pelajar wajib memberi
nombor telefon rumah dan pejabat ibu bapa atau penjaga kepada Guru Tingkatan
pada minggu pertama persekolahan. Jika tiada nombor telefon saudara atau jiran
mesti diberi untuk perhubungan ketika berlaku kecemasan.
6. Pelajar mesti memberitahu
Guru Tingkatan sebarang pertukaran alamat surat-menyurat dan nombor telefon
dengan segera.
Garis panduan tindakan
displin pelajar ponteng adalah seperti berikut:
a) Surat Amaran 1 ( Biru )
tidak hadir 3 hari berturut-turut
dalam seminggu atau 10 hari
berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.
b) Surat Amaran 2 ( Kuning ) + ( Kaunseling )
10 hari berturut- turut atau 20 hari
berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.
c) Amaran Ketiga ( Merah / Kaunseling / Ibu bapa
dipanggil )
17 hari berturut turut atau 40 hari
berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.
d) Buang Sekolah ( Ibu bapa dipanggil / Surat rasmi
daripada Pengetua / Pos )
31 hari berturut turut atau 60 hari
berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.
( Semua
surat amaran akan diuruskan oleh Guru Kelas / dengan pengetahuan HEM dan Guru
Kelas mestilah menelefon ibu bapa / penjaga setiap kali surat amaran
dikeluarkan. )
C. PAKAIAN DI SEKOLAH
1.Pelajar
mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa di dalam kawasan sekolah ,
mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah kecuali dengan kebenaran
daripada Pengetua. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
2.Baju-T
sekolah boleh dipakai untuk menjalani aktiviti kokurikulum pada luar waktu
sekolah seperti bergotong-royong, permainan dan aktiviti seumpamanya.
3.Pelajar
wajib sentiasa berpakaian sopan, tertib, bersih dan beradap di sekolah, termasuk
ketika menghadiri kelas tambahan, konsert atau berurusan di sekolah
Pakaian pelajar lelaki
1.1Seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman
(dark olive)
1.2 Kemeja putih berlengan pendek jenis kain kapas.lengan
baju 1-3cm dari siku
1.3 Kemeja putih berkolar tiada lisu di depan dan belakang.
1.4 Pelajar bukan pengawas / pengawas pusat sumber tidak
dibenarkan memakai baju berlengan panjang.
1.5 Singlet putih/baju dalam berwarna putih sahaja yang
boleh dipakai dalam baju kemeja. ( pastikan lengan baju dalam tidak melebihi
lengan baju kemeja)
1.6 Poket butang berwarna tidak dibenarkan.
1.7 Poket lebih tidak dibenarkan
1.8 Mesti ditampal “daun petaling” untuk pelajar sesi pagi
sahaja.
1.9 Mesti dijahit Lencana,dan tag nama
1.10 Ukuran seluar kaki 8-9 inci/ tidak melebihi 1/2 tapak
kaki( kaki seluar lebih lebar tidak dibenarkan)
1.11 Paras bukulali ( singkat atau terlalu labuh tidak
dibenarkan )
1.12 Kaki seluar mestilah dilipat ke dalam dan berjahit
1.13 Kaki seluar yang senteng dan ketat tidak dibenarkan.
1.14 Seluar terlalu kembang dan lisu-lisu yang banyak tidak
dibenarkan.
1.15 Poket pada bahagian peha tidak dibenarkan.
1.16 Poket/kocek belakang berpelapik atau kocek tampal tidak
dibenarkan.
1.17 Kelangkang seluar yang sesuai dan menutupi pusat. Tidak
terlalu pendek di bawah pusat.
1.18 Seluar londeh tidak dibenarkan.
1.10 Pada hari Jumaat pelajar-pelajar lelaki Islam digalakkan
memakai baju melayu yang lengkap ( baju dan seluar putih samping hijau dan
songkok hitam)
2.0 Pakaian pelajar perempuan
2.1 Blouse putih, pinafore turquoise berwarna sian
yang labuhnya hendaklah melepasi lutut.
2.2 Baju kurung teluk belanga dan kain sarung “A”
line atau bersusun di sebelah kiri.
Baju kurung mestilah sentiasa di butang dan kain sarung bersusun
di sebelah tepi.
2.3 Mereka juga dikehendaki memakai anak baju
(camisole) hingga ke paras pinggang.
2.4 Baju kemeja berwarna putih,lengan
pendek,berkolar dan tiada lisu di depan dan di belakang.
2.5 Baju kurung berwarna putih, labuh
sampai ke paras lutut, berlengan panjang dan mesti di letak butang atau
kerongsang.
2.6 Pelajar-pelajar perempuan Islam dibenarkan memakai tudung
/ mini telekung dengan syarat tudung itu berwarna putih berbentuk 3 segi 2 sama
dan kain lembut polister.
Ukuran tudung:- Dari
sisi - di bawah paras bahu.
Dari
depan hujung - di bawah paras pusat.
Dari belakang hujung - di
bawah paras pinggang.
2.7Mesti dilipat dan di letakan peniti bersaiz
kecil dan tidak berwarna.
2.8 Tiada hiasan tepi tudung- contoh, renda atau
sulaman.
2.9 Anak tudung berwarna putih untuk hari
persekolahan.
2.10 Anak tudung berwarna hitam untuk aktiviti sekolah/ kokurikulum/PJK.
2.11Tidak boleh menggunakan plastik penggeras
tudung style waheeda / Bienda.
3.0 Kasut
3.1kasut getah warna putih
3.2kasut kanvas putih yang boleh
dikapurkan
3.3 tinggi tidak melebihi paras buku lali
3.4 pelajar dilarang memakai selipar terompah,
but, high-cut
3.5 kasut kulit / kasut
sukan dilarang sama sekali walaupun berwarna putih.
3.6 tali kasut
tidak boleh dililit tetapi mesti diikat dengan kemas
3.7 tali kasut mestilah
berwarna putih sahaja
4.0. Stoking
4.1
berwarna putih berukuran 20cm dari tapak
4.2tidak bercorak atau mempunyai hiasan / belang-belang
4.3ukuran menutupi atas bukulali
5.0. Lencana
5.1lencana nama pelajar hendaklah di sematkan di sebelah
kiri dada kemeja / blouse/ baju kurung/ baju melayu.
5.2pelajar perempuan yang memakai mini
telekung dikehendaki menyematkan lencana di sebelah kiri mini telekung.
5.3bagi pelajar sesi pagi lencana daun
petaling hendaklah dilekatkan pada kolar kiri /leher kiri baju kurung atau
baju melayu .
5.4.lencana tidak boleh di warnakan atau
diconteng .
5.5 mesti dijahit menggunakan benang putih
5.6 tidak dibenarkan tampal sahaja
5.7 Lencana yang lusuh / kabur / tidak jelas
perlulah diganti baru.
6.0 Tanda nama
6.1dilekatkan di tudung atau baju kurung/
pinafore/ kemeja .
6.2dijahit menggunakan benang putih
6.3 kedudukan di atas pada lencana sekolah
6.4 pelajar yang memakai tudung juga di kehendaki
menjahit tanda nama di atas tudung.
6.5mestilah mengikut warna yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah untuk setiap tingkatan.
6.6Tanda nama yang lusuh / kabur / tidak
jelas perlu diganti
6.7 Boleh ditempah melalui Koperasi Sekolah
6.8 Pelajar yang tiada tanda nama akan
dikenakan tindakan disiplin
6.9 Pelajar-pelajar
dilarang :-
(a)memakai tag nama
pelajar lain,
(b)menconteng / merosakkan
tag nama, dan
(c)mengubah huruf dan
angka pada tag nama.
7.0 Tali leher
7.1tali leher wajib dipakai pada hari
perhimpunan rasmi sekolah kecuali pelajar perempuan yang memakai baju kurung.
7.2 mesti di ikat kemas panjang sehingga
paras pusat.
7.3 tali leher tidak boleh diikat pendek/
kontot
7.4 tidak boleh menggunakan tali leher selain
tali leher sekolah.
7.5bahagian bawah tali leher mestilah
dibiarkan tajam.
7.6 Pelajar dilarang menconteng, melukis
gambar pada tali leher.
7.7 Tali leher yang diconteng/ dilukis / kabur /
lusuh perlu diganti baru.
8.0 Tali pinggang
8.1 Tali pinggang hendaklah berwarna hitam atau
coklat tua
8.2 lebar tali pinggang ialah 1.5cm hingga 3cm.
8.3 pelajar tidak di benarkan memakai tali pinggang
yang berkepala besar / lebih 2 inci
8.4 tali pinggang berwarna putih dan lain –lain
warna tidak di benarkan .
8.5 tali pinggang yang tidak mematuhi syarat akan
dirampas.
D. KEKEMASAN DIRI
1.Pelajar
mesti menjaga kekemasan diri pada sepanjang masa sama ada semasa di dalam
kawasan sekolah, mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah di luar
sekolah. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
2.Pelajar dilarang memakai hiasan
yang tidak dibenarkan.
RAMBUT
SEMUA PELAJAR
1.Rambut tidak boleh
dikerinting atau diwarnakan / celup.
2.Rambut berfesyen tidak
dibenarkan. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan `ekor rambut’.
3.Rambut yang berjuntai
ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.
PELAJAR LELAKI
semua pelajar lelaki hendaklah berambut pendek,kemas dan
tidak mencecah kolar baju .
tidak
dibenarkan mengkeriting atau mewarna rambut
tidak dibenarkan membotakan rambut atau menyimpan gaya
rambut jenis skin- cut atau skin-head.
pelajar lelaki berketurunan sikh dibenarkan menyimpan rambut
panjang dan berturban. Warna turban ialah hitam atau biru tua
rambut belakang tidak melebihi garisan bawah cuping telinga/
menyentuh kolar baju / 1 - 2cm di atas kolar baju.
rambut sebelah sisi tidak menutup kedua- dua paras cuping
telinga sebelah atas atau sebahagiannya.
side burn / pelipis tidak boleh melebihi garisan tengah
hidung / setengah anak telinga
rambut ke depan tidak menutup bahagian garisan tengah dahi /
tidak mencecah bulu kening apabila ditarik.
rambut di atas atau bahagian tengah kepala tidak melibihi 6
cm panjang.
pelajar dilarang sama sekali berfesyen seperti ‘afro’,
‘punk,berekor dan diwarnakan,Trojan / durian / ceracak atau apa sahaja
fesyen yang tidak menggambarkan imej seorang pelajar.
pelajar juga dilarang memakai gel dan membentuk rambut
seperti ‘trojan,ceracak,durian,dan seumpamanya
pelajar tidak dibenarkan mengukir apa-apa perkataan atau
bentuk pada rambut / kepala.
PELAJAR
PEREMPUAN
pelajar yang tidak bertudung atau bukan Islam dinasihatkan
berambut hingga mencecah bahu sahaja.
jika berambut panjang menyentuh atau melebihi paras
bahu,diwajibkan mengikat rambut .
cara mengikat rambut adalah seperti ekor kuda (pony tail)
dengan reben berwarna hitam atau biru tua.
mewarnakan rambut tidak dibenarkan sama sekali walaupun
menggunakan inai.
pelajar
perempuan dilarang berambut pendek yang menyerupai lelaki.
pelajar hanya di benarkan menggunakan getah rambut,sepit
rambut dan cekak rambut berwarna biru gelap dan hitam sahaja.
reben besar
dan klip rambut berwarna-warni tidak dibenarkan.
pelajar perempuan Islam yang mewarnakan rambut mestilah
menghitamkan semula, jika tidak pelajar tersebut diwajibkan memakai tudung
/ mini telekung.
Pelajar perempuan bukan Islam yang mewarnakan rambut
mestilah menghitamkannya, jika tidak akan diarah pulang. ( Ibu bapa
terpaksa mengambilnya di sekolah )
KUKU
kuku
hendaklah pendek dan bersih.
Semua pelajar dilarang berkuku panjang. Sekiranya mempunyai
kuku panjang pihak sekolah berhak memotongnya pendek .
pelajar dilarang mewarnakan kuku /mengecat kuku walaupun
dengan menggunakan inai .
pelajar yang engkar dengan arahan memotong kuku akan
dikenakan tindakan disiplin.
KENING
pelajar tidak dibenarkan
mencukur,mencabut atau mentatoo bulu kening.
pelajar juga dilarang mencukur/mencabut/mengunting semua
jenis bulu di kawasan muka kecuali misai/kumis dan janggut.
pelajar dilarang menggunakan celak aneka atau mascara atau
apa saja alat solek.
Pelajar dilarang memakai subang pada
kening
BARANG KEMAS /
HIASAN
1.Semua pelajar dilarang
memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai kaki dan
barang-barang kemas lain.
2.Pelajar lelaki tidak
dibenarkan memakai subang dan anting-anting.
3.Pelajar perempuan hanya
dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil, tidak berfesyen dan tidak
ditahtakan sebarang jenis batu. Jika berbentuk cincin, diamternya tidak boleh
melebihi 1.2 cm.
4.Pelajar tidak
dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen keterlaluan.
5.Pelajar dilarang
memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya pada mana-mana
bahagian tubuh badan.
6.Barang hiasan untuk beg
seperti `soft toys’ loceng dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.
E. PERATURAN SEMASA PERHIMPUNAN
1.Pelajar mesti beratur
dengan segera mengikut kelas masing-masing.
2.Semasa
lagu Kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan, pelajar dikehendaki
berdiri tegak dan nyanyi bersama.
3.Pelajar tidak boleh
bercakap / bising / mengganggu perhimpunan.
4.Pelajar tidak boleh
keluar atau masuk dari dewan terbuka semasa perhimpunan.
5.Pelajar yang lewat
untuk perhimpunan dikehendaki beratur di tepi dewan terbuka dengan senyap.
6.Pelajar dikehendaki
mematuhi arahan Pengawas semasa pemeriksaan dilakukan.
F. PERATURAN DI DALAM KELAS / BILIK DARJAH
1.Selepas
diambil kedatangan di dewan terbuka, pelajar beratur dan kembali ke kelas
masing-masing.
2.Pelajar mesti berdiri
dan mengucapkan selamat kepada guru yang masuk ke kelas. Sekiranya Pengetua atau
guru-guru yang lain datang melawat kelas, pelajar berbuat demikian juga.
3.Pelajar sentiasa
membawa buku teks, buku latihan, buku kerja, kerja kursus, alat tulis yang
sesuai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.
4.Pelajar yang tidak
dibenarkan membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan pelajaran. Pelajar
mesti sentiasa bersedia mengikuti pelajaran dan latihan bertulis yang diberikan
oleh guru mesti disiapkan dan dihantar pada masa yang ditetapkan.
5.Pelajar mesti menyoal
atau menjawab soalan secara bersopan santun dan menghormati guru.
6.Jadual
tugas serta pelan duduk di dalam kelas disediakan oleh Ketua Tingkatan mengikut
arahan Guru Tingkatan. Tempat duduk pelajar tidak boleh ditukar tanpa keizinan
Guru Tingkatan.
7.Pelajar sentiasa
berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak.
8.Pelajar hendaklah
menghormati Ketua Tingkatan dan pelajar lain.
10.Pelajar hendaklah
menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Tingkatan atau Pengawal Perabot
bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kelas
kepada Guru Tingkatan dengan segera.
11.Pelajar tidak
dibenarkan makan / minum atau membawa makanan / minuman ke dalam bilik darjah
kecuali bekal untuk waktu rehat. Makanan ringan seperti kuaci, gula-gula dan kek
(hari jadi,dll) dilarang.
12.Buku teks pelajar dan
barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam laci meja.
13.Pelajar yang ingin
keluar dari kelas untuk sesuatu urusan mesti mendapatkan keizinan daripada guru
dan mendapatkan kad pas daripada guru. Pas dipulangkan kepada guru sebaik sahaja
pelajar kembali ke kelas.
14.Pelajar hendaklah
keluar dari kelas pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas membersihkan
kelas.
15.Pelajar yang tidak
sihat dan perlu berehat di dalam kelas atau di Bilik Pengetua mesti mendapat
surat izin daripada Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Pelajar
tidak dibenarkan tidur / `berehat’ semasa guru mengajar.
16.Pelajar
yang ingin balik awal sebab sakit dikehendaki mendapatkan kebenaran Pengetua
atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Untuk sebab-sebab lain, ibu bapa atau
penjaga dikehendaki datang ke sekolah menyatakan sebab-sebabnya.
G.
PELAJARAN DI BILIK KHAS / DI LUAR KELAS
1.Pada waktu pelajaran Sains (jika
menggunakan Makmal Sains) Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Komputer atau
Pendidikan Seni, semua pelajar di kehendaki tinggalkan bilik darjah dan menuju
ke bilik khas dengan langkah yang cepat dan senyap.
2.Pelajar tidak
dibenarkan masuk ke dalam Pusat Sumber, makmal, bengkel, Bilik Komputer, bilik
Pendidikan Seni tanpa kebenaran guru.
3.Pelajar mesti beratur semasa
pergi ke bilik khas atau semasa balik ke bilik darjah sendiri. Pelajar tidak
dibenarkan singgah di tandas, kantin, kelas lain atau tempat-tempat lain.
H.
WAKTU REHAT
1.Pelajar
tidak dibenarkan keluar awal untuk waktu rehat kecuali Pengawas, Pengawas
Koperasi dan pelajar yang mendapat kebenaran.
2.Pelajar hanya dibenarkan makan di
kantin sekolah.
Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan sekolah.
3.Pelajar tidak
dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat.
4.Pelajar tidak
dibenarkan berada di dalam bilk darjah pada waktu rehat kecuali pelajar yang
bertugas.
5.pelajar tidak
dibenarkan membeli apa-apa pun daripada penjaja di luar kawasan sekolah.
6.Pelajar wajib makan dan
minum dengan sopan di kantin dan menjaga kebersihan.
7.Peraturan membeli
makanan / minuman dan peraturan selepas makan mesti dipatuhi.
8. Pelajar dikehendaki
mematuhi masa rehat mengikut tingkatan seperti yang telah ditetapkan.
I. SELEPAS WAKTU SEKOLAH.
1.Pelajar
yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas atau tiada urusan
sekolah lain hendaklah balik ke rumah selapas waktu persekolahan. Pelajar tidak
dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah atau di tempat lain.
2.Pelajar yang hendak
belajar atau berbincang tentang pelajaran, boleh berbuat demikian di
Perpustakaan.
J. GERAK KERJA KOKURIKULUM / SUKAN
1.Semua
pelajar wajib mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum.
2.Semua gerak kerja
kokurikulum dijalankan di bawah penyeliaan guru penasihat. Pelajar dilarang
menjalankan aktiviti kokurikulum di dalam kelas tanpa kebenaran sekolah.
3.Segala kegiatan
persatuan / kelab sekolah yang diadakan di luar sekolah atau pada luar waktu
yang ditetapkan, mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan
ibu bapa terlebih dahulu.
4.Pelajar mesti mematuhi
perlembagaan kelab / persatuan / persatuan yang telah disahkan oleh pihak
sekolah.
K.
TATATERTIB PERGAULAN
1.Pelajar mesti sentiasa
bersopan santun, berkerjasama dan bertimbang rasa terhadap guru, staf sokongan
sekolah, pelawat sekolah dan pelajar lain. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan
bahasa yang kasar dan tidak bersopan.
2.Pelajar memberi ucapan
selamat jika berjumpa dengan guru, staf sokongan sekolah atau pelawat sekolah.
3.Pelajar mesti memberi
kerjasama serta mematuhi arahan Pengawas.
4.Pelajar hanya boleh
menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil
dalam pertuturan di sekolah. Loghat tidak boleh digunakan
di dalam sekolah.
5.Segala bentuk penipuan,
perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.
6.Pelajar tidak
dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi, gambar,
pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah.
7.Pelajar tidak boleh
menimbulkan hasutan dan perkara yang sensitif yang boleh mewujudkan suasana
tidak harmonis di sekolah.
8.Pelajar dilarang
berniaga di dalam kawasan sekolah.
9.Pelajar tidak boleh
menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran atau kebenaran
sekolah.
10.Pelajar hendaklah
sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran.
11.Pelajar juga
dikehendaki menyertai aktiviti sekolah dengan giat dan bertanggungjawab.
12.Pelajar tidak
dibenarkan berjumpa dengan pelajar lain / pelajar sidang lain semasa pelajaran
dijalankan kecuali dengan kebenaran sekolah.
14.Pelajar dilarang
mengutip wang daripada pelajar lain tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. Urusan
jual beli antara pelajar di sekolah tidak dibenarkan.
L.
PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH
1.Tanpa kebenaran, pelajar tidak
dibenarkan memasuki Pejabat, Pejabat Pengetua, Bilik Guru, Pusat Sumber, makmal,
dewan dan bilik khas lain. Peraturan bilik-bilik khas hendaklah dipatuhi.
2.Tanpa
kebenaran, pelajar tidak boleh memasuki bilik darjah lain. Pelajar yang memasuki
kelas lain tanpa kebenaran / semasa ketiadaan orang lain di dalam bilik darjah
itu boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana menceroboh.
3.Pelajar
mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
4.Pelajar
hendaklah cermat menggunakan kerusi dan meja, air / elektrik, tidak merosakkan
kolam ikan, tapak taman bunga, tidak mengotor / merosakkan tandas, atau
menyalahgunakan alat pemadam api.
5.Pelajar
bertanggungjawab menjaga dan menggunakan harta benda sekolah dengan cermat.
Kemudahan di sekolah seperti padang bola, internet, siaraya dan komputer hanya
boleh digunakan jika ada kebenaran pihak sekolah.
6.Meja, kerusi dan
sebarang harta benda sekolah tidak boleh dialihkan dari satu bilik / dewan ke
tempat lain tanpa kebenaran sekolah.
7.Pelajar tidak
dibenarkan menggunakan tandas guru.
M. PELAJAR YANG MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH
1.Pelajar
tidak digalakkan membawa kereta ke sekolah. Kereta pelajar tidak dibenarkan
diletak di dalam kawasan sekolah. Kereta yang diletak di luar kawasan sekolah
hendaklah tidak menggangu penghuni / pengguna jalan raya.
2.Pelajar
yang membawa motorsikal dan basikal ke sekolah hendaklah meletakkan kenderaan
tersebut di tempat yang telah dikhaskan untuk pelajar sahaja.
3.Topi keledar tidak
boleh dibawa ke dalam bilik darjah.
4.Pelajar
yang tiba di sekolah lewat dikehendaki meletakkan motorsikal / basikal di tempat
lain yang dikhaskan. Kenderaan ini akan dirantaikan.
5.Pelajar
tidak dibenarkan menunggang motorsikal atau basikal di kawasan sekolah termasuk
pada hujung minggu atau hari cuti sekolah.
6.Pelajar
hendaklah menjaga ketenteraman dan bertimbang rasa terhadap kenderan pelajar
lain ketika mengeluarkan kenderan sendiri semasa hendak balik.
N. KESALAHAN YANG BERAT
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
lMenyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dlm kegiatan
dadah
lMembawa, menyimpan, menghisap atau mengedar tembakau
lMembawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebaran benda yg memabukkan/menghayalkan
lMengancam atau memukul Pengetau, guru, pengawas atau pelajar yang
lain.
lMelanggar peraturan dan undang-undang yang
dikuatkuasakan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan.
lMerosakkan harta benda kerajaan, sekolah, guru
atau pelajar lain
lMenentang tindakan tatatertib yang dikenakan oleh
guru atau Pengetua.
lMenyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan
lMelawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas/murid
lBiadap terhadap guru/pengawas/murid
lMemeras ugut guru/pengawas/murid
lMembawa,menggunakan senjata atau alat merbahaya
lMelakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan
terhadap murid lain
lMencuri, merompak,memecah masuk dan menceroboh
kawasan larangan
lMelakukan perjudian atau membabitkan diri dlm pertaruhan
lMencetak,menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang
lMembabitkan diri dlm kump haran
lMencabul kehormatan guru/murid
lMelakukan zina, liwat, hubungan luar tabi’i
lMelacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan
lBersekedudukan atau membabitkan diri dlm kegiatan
tidak bermoral
lMengintai murid lelaki/perempuan
lMenulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yg
mencemarkan
lMerosakkan harta benda sekolah/guru
lMembawa atau menggunakan bhn letupan
lMenulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan
perbuatan lucah
lMembabitkan diri dlm tunjuk perasaa, perhimpunan haram atau
merusuh
lMenyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimedia
lMembawa atau menggunakan alat yg menyebabkan kecederaan atau
mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian
lMenganjur atau membabitkan diri dlm acara kebudayaan yg
bertentangan dgn masyarakat Malaysia
lMenganjur atau membabitkan diri dlm acara kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia
lMelakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30
hari atau berkala(tidak berturut) selama 60 hari selama 1 thn sesi persekolahan
lMenggangu/menjejaskan kuasa Guru Besar/pengetua
atau guru yg menjalankan tugas
lMembawa masuk tetamu dr luar kawasan sekolah tanpa
kebenaran
lMengedar, memiliki, membawa, melukis dan
mempamerkan bhn lucah
lMengeluarkan kata-kata lucah dan kesat
lMelakukan hubungan yg dicurigai
lKesalahan2 lain yg difikirkan termasuk kategori
ini
`Biadap’
termasuk menjeling, menunjukkan muka marah, menggunakan suara yang keras / kuat
dan menunjukkan gerakan tangan yang tidak sopan terhadap seseorang.
KESALAHAN / SALAH LAKU SEDERHANA
l
Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali
lMenyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber
bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran
lKeluar dr kawasan sekolah tanpa kebenaran
lTidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/peperiksaan
lPonteng sebarang acara rasmi sekolah
lTidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata
sekolah, negeri dan kebangsaan
lFesyen rambut keterlaluan sperti punk/skin head
atau berwarna
lMenconteng pada harta benda sekolah
lMemakai pakaian barang kemas keterlaluan seperti menindik
telinga dan memakai subang berlebihan drpd 1 pada 1 cuping telinga
lKesalahan lain yg difikir termasuk dlm kategori
ini
KESALAHAN / SALAH LAKU RINGAN
lMenyimpan misai, janggut dan jambang
lBerambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu
lBermain dalam bilik darjah, koridor atau
kawasan yg dilarang
lMenggunakan dan membawa keluar sebarang
peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran
lKeluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
lBerada di kantin pd waktu persekolahan (kecuali
waktu rehat) tanpa kebenaran
lMenyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah
tanpa kebenaran
lMenggunakan alat hiburan atau elektronik
sekolah tanpa kebenaran
lMemasuki atau tidak mematuhi arahan
makmal/bengkel/bilik khas
lMemakai barang kemas atau perhiasan atau alat
solek kecuali jam
lMemasuki bilik khas tanpa kebenaran
lMakan dan minumdlm bilik darjah
lMelakukan pembaziran elektrik/air
lTidak memakai pakaian sekolah yg lengkap
lSemua kesalahan bersabit dgn pembelajaran (tidak membawa buku,
tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
lDatang lewat ke sekolah
lLewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal
lBising dlm bilik darjah sehingga mengganggu
kelas lain
lMenunggang atau memandu kenderaan dlm kawasan
sekolah
lBerjalan-jalan tanpa kebenaran
lTidak membuat gerakkerja yg ditugaskan
lMengganggu kawasan
lMengganggu guru
lLewat masuk kelas
lMengotorkan kelas
lTidak duduk setempat
lKesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
BARANG-BARANGAN LARANGAN DI SEKOLAH
Bil
Senarai Barangan
1
Pemadam
cecair / Liquid Paper
2
Pen
marker
3
CD, VCD, DVD dan pita Kaset ( Isi kandungannya lucah atau tidak )
4
“Gold
Dust”, “ Silver Dust” tepung, telur , beg plastik berisi air
Senjata
atau alat berbahaya seperti kerambit, buku lima, pemutar skru dan
lain-lain
6
Gambar
lucah , video lucah, memory card lucah, buku komik lucah , majalah lucah
7
Majalah
Hiburan /Komik kartun walaupun isi kandungan tidak lucah. / bahan
cetakan yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah
fesyen, poster / kalendar / lencana artis, buku lagu, gambar foto,
katalog, bahan lucah, buku kisah cinta remaja / dewasa, cerita seram
berlebihan dan seumpamanya.
8
Dadah,
pil-pil khayal, rokok, mancis, “lighter”
9
Daun terup, batu seremban, dan barang-barang permaian.
10
Sapu
tangan besar (keys), , “hair band” ( selain daripada warna hitam,
coklat, putih dan biru )
11
Getah /
Kain Pengikat kepala.
12
Alat-alat solek seperti gincu, “eye shadow”, bedak, minyak wangi,
deodran, cermin muka dan losen
13
Barang
–barang kemas / hiasan seperti gelang, rantai, kalung, cincin,
( Bukan emas atau perak )
14
Brooch” baju kurung yang besar lebih daripada duit syiling 10 sen.
15
Gelang getah , gelang plastik , gelang suasa dan lain-lain yang tidak
berkaitan dengan amalan agama.
16
Tali
pinggang berkepala besar melebihi 2 inci, tali pinggang berwarna /
putih / berfesyen ( selain hitam dan coklat )
17
Subang,
anting-anting hanya sepasang ( sepasang subang kecil untuk murid
perempuan sahaja / pelajar lelaki tidak dibenarkan bersubang ) tidak
dibenarkan gunakan plastik/lidi/ kayu untuk menutup lubang yang ditindik
18
Gula-gula getah ( chewing gum )
19
Pemegang
kunci bersaiz besar / Rantai kunci bersaiz besar
20
Alatan / senjata berbahaya seperti buku lima, kapak kecil dan
lain-lain.
21
Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak sopan
22
Gambar/
Poster Artis/ Model
23
Kad poker / barangan untuk berjudi
24
Tanda-tanda/ lencana / label yang berunsur politik
25
Kad
magic / kad pokemon / yo yo
26
Telur
/Cat /Tepung
27
Minuman
keras atau minuman yang boleh memabukkan
28
Dadah /
pil-pil khayal / rokok / mancis / lighter
29
Bahan letupan / mercun / bunga api
30
Alat-alat
elektronik seperti `game & watch’, `cyberpet’, pita video, cekera padat
(CD), pita kaset, radio walkman, radio dan sebagainya.
Barang-barang
Larangan yang Dirampas dan dipulangkan melalui Penolong Kanan HEM / Dituntut
olen murid dengan Surat Amaran
Bil
Senarai
Barangan
1.
Cermin
mata hitam / gelap / bingkai yang berwarna selain gelap seperti
merah,putih/ fancy
2.
Topi /
Kopiah / Kemeja “t” berwarna
3
Pakaian
“t” berwarna / bergambar ,
4
Stoking
belang, kasut sukan / kasut kulit berjenama, selipar
5
Bola sepak, bola keranjang, skateboard, scooter, roller blade
6
Seluar
berkaki lebar ( lebih ½ daripada tapak kaki) dan berlambang tertentu
contoh “ playboy”
7
Seluar berkaki kecil / sendat dan berlambang kumpulan / jenama tertentu
contoh “ playboy”
8
Seluar
poket tampal / poket lebih
9
Baju singlet / baju “t” tanpa lengan
10
Pakaian
luar sekolah
11
Tali pinggang yang tidak dibenarkan
12
Jaket /
Sweater / Windbreaker
Barang-barang Larangan yang Dirampas dan dipulangkan dan ibu bapa / penjaga
dipanggil / diminta hadir untuk menuntutnya serta dikenakan Surat Amaran
Bil
Senarai
Barangan
1.
Barang –barang
kemas / hiasan seperti gelang, rantai, kalung,cincin, ( emas atau
perak )
2.
Subang,
anting-anting ( emas atau perak sahaja)
3
Telefon
bimbit /
handphone
4
Perakam
Video/ CD / DVD
5
Kamera
6
MP3 /
MP4 / Walkman / pager
7
Membawa
teropong
8
Permainan elektronik / digital
9
Hands
free
CARA
TINDAKAN DISIPLIN DIAMBIL
Bil
Jenis Kesalahan
Tindakan
1.
Melakukan kesalahan ringan sebanyak tiga kali
- Amaran 1
-
Kaunseling
2.
Melakukan kesalahan sederhana 1 kali
- Amaran 1
-
Kaunseling
3.
Melakukan kesalahan sederhana 2 kali
- Amaran 2
-
Kaunseling
- Ibu
bapa dipanggil
4.
Melakukan kesalahan sederhana 3 kali
-
Amaran 3
-
Kaunseling
- Ibu
bapa dipanggil
-
Surat Perjanjian
5.
Melakukan kesalahan sederhana 4 kali
Surat
pertuduhan gantung / buang dikeluarkan
-
Kaunseling
6.
Melakukan kesalahan berat 1 kali
Surat
pertuduhan gantung / buang dikeluarkan
-
Kaunseling
CARA TINDAKAN TERHADAP SALAH LAKU PELAJAR
KOD
KESALAHAN/PERLAKUAN
TINDAKAN DISIPLIN
TINGKALAKU JENAYAH
111
Berjudi
Gantung/Buang sekolah
112
Mencuri, memecah
masuk kawasan larangan sekolah
Gantung/Buang sekolah
113
Melawan/mangancam/memukul/mencederakan guru
Gantung/Buang sekolah
114
Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas
Gantung/Buang sekolah
115
Memeras ugut
Gantung/Buang sekolah
116
Membuli/pelancoan
Gantung/Buang sekolah
117
Menganggotai
kumpulan haram/kongsi gelap
Gantung/Buang sekolah
118
Menyalahgunakan dadah
Gantung/Buang sekolah
119
Membawa senjata merbahaya
Gantung/Buang sekolah
120
Mencabul kehormatan
Gantung/Buang sekolah
121
Melawan/mangancam/memukul/mencederakan pelajar lain
Gantung/Buang sekolah
122
Mencerobohi
bilik khas/kedai koperasi/pejabat sekolah
Gantung/Buang sekolah
123
Mengedar dadah
Gantung/Buang sekolah
124
Menunjuk
perasaan/berpiket/manggangu ketenteraman sekolah
Gantung/Buang sekolah
125
Bertaruh sacara besar-besaran
Gantung/Buang sekolah
126
Membawa masuk
orang laur ke sekolah
Gantung/Buang sekolah
127
Membakar
Gantung/Buang sekolah
TINGKATAH LAKU LUCAH
221
Bercumbu-cumbu
Gantung/Buang sekolah
222
Berkhalwat/’Berdua-daun’
Gantung/Buang sekolah
223
Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
Amaran/Panggil I/Bapa
224
Mengintai murid-murid perempuan
Amaran/Panggil I/Bapa
225
Menggunakan kata dan perbuatan lucah
Amaran/Panggil I/Bapa
226
Melukis dan
menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah
Amaran, Denda
TINGKAH LAKU KEKEMASAN
DIRI
331
Berambut
panjang/fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan
sekolah
Potong terus
332
Berkuku panjang
Potong terus
333
Bermisai dan berjangut
Bercukur
334
Memakai pakaian
tidak mengikut peraturan sekolah
Tiada lencana/lencana
tidak dijahit
Beli
dan klipkan
Skirt sekolah atas paras lutut
Amaran
Baju kurung tidak dikancing
Amaran
Seluar berfesyen/jeans cutting
Amaran
Tidak memekai tali leher
Amaran
Tidak memakai stoking
Amaran
Memakai pakaian luar ke
sekolah
Tidak
dibenarkan masuk
Memakai kemeja yang
berwarna di dalam pakaian seragan sekolah
Baju
dirampas
Memakai jeket/ Sweater/Wundbreaker
Baju
dirampas
Tidak memakai baju sukan pada waktu
PJ
Denda/Amaran
Memakai pakaian luar untuk
kegaitan sekolah
Tidak
dibenarkan masuk
Tidak masukkan kemeja
Amaran
335
Memakai
barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah
Memakai barang kemas,
rantai emas
Dirampas
Memakai rantai agama tanpa
kebenaran
Dirampas
Pengikat rambut berfesyen selain
reben hitam dan putih
Dirampas
Memakai lebih daripada sepasang
subang
Dirampas
Memakai subang
berfesyen/besar/tidak sama
Dirampas
Lelaki memakai subang
Dirampas
336
Membawa
barang-barang yang tidak dibenarkan:
Semua jenis alatan yang
tajam
Dirampas
Pemotong kuku
Dirampas
Kemera/Radio/Walkman/Pager/Telefon bimbit
Dirampas
Gambar diri berfokus
keterlaluan/tidak bersopan
Dirampas
Gambar/poster Artis/Model
Dirampas
Liquid pape/Marker/Highlighter
Dirampas
Pakaian luar sekolah
Dirampas
Cermin mata hitam/teropong
Dirampas
Kosmetik/cermin/minyak wangi
Dirampas
Majalah Hiburan/Komik/Buku
fiksyen yang dilarang
Dirampas
Pita video/VCD/Kaset
Dirampas
Kad poker/barang untuk
berjudi
Dirampas
Tanda-tanda/lencana/lebel
yang berunsur politik
Dirampas
Kad magik, Kad Pokemon, Yo Yo
Dirampas
337
Memakai selepar/sandal
Dirampas
338
Tidak memakai
stoking putih/yang ditetapkan oleh sekolah
Amaran
339
Tidak
memakai kasut kanvas putih/yang ditetapkan oleh sekolah
Dirampas
340
Kuku
berwarna/bercat/berinai
Amaran, Bersihkan
341
Mewarnakan rambut
Ibu
bapa membawa anak pulang hingga dihitamkan
342
Mencabut bulu kening
Dirampas
343
Bersolek
Dirampas
TINGKALAH
LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA
441
Berkeliaran/Merayau di kawasan sekolah
Amaran
442
Datang lewat ke sekolah
Denda.
Slip masuk
443
Lewat
ke perhimpunan
Amaran
444
Makan
di kantin diluar waktu rehat
Amaran
445
Lewat
pulang ke asrama
Amaran
446
Tidur
di dalam kelas
Amaran/ Panggil I/Bapa
447
Bermain di dalam bilik darjah atau kaki lima
Amaran/Denda
448
Keluar kelas tanpa pas/Surat kebenaran
Amaran
449
Berada di kantin
sebelum /selepas waktu rehat
Amaran
450
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
Hubungi I/Bapa
451
Masuk
ke kawasan sekolah tanpa urusan/kebenaran
Halau
keluar
TINGLAKU YANG
TIDAK KURANG SOPAN DAN BIADAP
551
Berkelakuan kasar terhadap guru
Amaran. Panggil I/Bapa
552
Berkelakuan kasar terhadap pengawas
Amaran
553
Berkelakuan kasar terhadap murid
Amaran
554
Berbahasa kesat/kasar
Amaran
555
Menyimpan rokok
Amaran. Panggil I/Bapa
556
Menghisap rokok
Amaran. Panggil I/Bapa
557
Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
Amaran.
558
Tidak
menghormati guru
Amaran. Panggil I/Bapa
559
Tidak
menghormati pengawas
5
Amaran.
560
Simpan/Edar minimuman keras/Miniman yang memabukkan
10
Amaran. Panggil I/Bapa
561
Menyimpan pemetik api/mancis
10
Amaran.
562
Terlibat dalam
aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah
15
Amaran. Denda
563
Melanggar peraturan trafik
10
Amaran. Denda
TINGKALAH MUSNAH
661
Merosakkan harta benda sekolah
10
Amaran. Denda
662
Merosakkan harta
benda pengetua dan guru-guru
10
Amaran. Denda
663
Merosakkan harta benda kantin sekolah
10
Amaran. Denda
664
Merosakkan harta benda pelajar
10
Amaran. Denda
665
Merosakkan harta benda asrama
10
Amaran. Denda
666
Melakukan
pembaziran air atau elektrik
2
Amaran. Denda
667
Menyalahgunakan peralatan elektrik
10
Amaran. Denda
668
Mengotorkan kawasan/bangunan sekolah
10
Amaran. Denda
669
Mengotorkan kelas
2
Amaran. Denda
TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR/MENIPU
771
Menipu yang melibatkan wang
15
Hubungi I/Bapa
772
Menipu yang melibatkan kepercayaan
15
Hubungi I/Bapa
773
Meniru semasa ujian/peperiksaan
15
Markah
0/Ikut perkeliling sekolah
774
Memelsukan keterangan/rekod rasmi
15
Hubungi I/Bapa
PONTENG
881
Ponteng kelas
2
Amaran
882
Ponteng sekolah
3 hari berturut-turut/10
hari tidak berturut-turut
6
Amaran Pertama
3 hari berturut-turut/20
hari tidak berturut-turut
20
Amaran Kedua
17 hari berturut-turut/40
hari tidak berturut-turut
40
Amaran Ketiga
31 hari berturut-turut/60
hari tidak berturut-turut