Salam 1Malaysia saya ucapkan kepada semua warga SMK Sri Permata:

Keputusan SPM telah keluar. Kita mencapai kelulusan sebanyak 86.8%. Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang berjaya. Pelajar lepasan SPM ada yang telah belajar di IPTS sejak Januari lagi, ada juga yang sedang memikirkan hala tuju dengan keputusan yang baru diperoleh.

Pihak sekolah telah menampalkan maklumat-maklumat yang boleh membantu mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik. Kaunselor sekolah juga sedia memberi nasihat dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan khidmat kaunseling dalam hal kerjaya.

Saya berharap semua pelajar khasnya yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM menggunakan cuti seminggu ini dengan sebaik mungkin untuk membuat persediaan rapi. Anda akan berasa puas hati tanpa sebarang rasa kekecewaan apabila keputusan keluar pada masa akan datang.

Akhrinya, biar kita sama-sama berusahlah dengan berpegang kepada Prinsip, "KITA BOLEH"(Jika ingin betul)".

Sekian, terima kasih.

Ong Hock Thye
Pengetua


 


Sesi Pagi:
Isnin-Khamis 7.20pg - 1.10ptg*
Jumaat 7.20pg - 12.35 tengah hari

Sesi petang:
Isnin–Khamis 1.10 - 6.45 ptg
Jumaat 2.20 ptg – 6.40 ptg

Perhimpunan Rasmi:
Sesi Pagi    : Isnin 7.20 pagi
Sesi petang: Isnin 1.10 ptg


Program Membaca: 12.30 tengah hari