Sejak beberapa tahun yang lalu PIBG telah merancang untuk
membina bumbung di tapak perhimpunan.
Projek ini bertujuan membolehkan pelajar kita menghadiri
perhimpunan mingguan serta aktiviti lain dengan selesa, tanpa
sinaran cahaya matahari yang terik terutamanya pelajar sesi
persekolahan petang.
Projek ini dimulakan sebaik saja tamat peperiksaan SPM 2007.
Ianya dimulakan dengan sumber kewangan yang didapatkan melalui
kutipan jogaton PIBG yang diadakan pada 11 Ogos 2007, yang telah
berjaya mengutip sebanyak RM107 ribu.
Kos pembinaan
sebenar ialah lebih kurang RM220 ribu. Walaupun dana masih
belum mencukupi, pihak PIBG membuat keputusan untuk memulakan
projek ini dengan segera kerana kos dijangka akan bertambah jika
ditangguh hingga ke tahun 2008. Untuk itu PIBG akan sekali lagi
melancarkan aktiviti mengumpul dana di awal tahun 2008 untuk
menjelaskan semua tanggungan kepada kontraktor.
Pihak PIBG merayu kepada ibu bapa / penjaga yang ingin
menyumbang kepada projek ini, diharapkan dapat berhubung
dengan Pengetua, Yang DiPertua PIBG dan AJK PIBG yang lain.
Pihak sekolah serta PIBG sekolah ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas sumbangan ibu bapa / penjaga dalam apa jua
bentuk dan amat berharap sokongan ini diteruskan untuk semua
projek akan datang demi kebaikan pelajar-pelajar sekolah ini.