|
LARIAN MERENTAS TAMAN
MESYUARAT AGUNG PIBG
(21 Februari 2009)
SMK Sri Permata telah mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG ke-30 pada 21 Februari 2009 yang lalu. Seramai 95 orang ibu
bapa dan 80 orang guru yang telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Agenda
mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG Dato’ Syed
Mustaffa B. Syed Ali. Mesyuarat ini merupakan penggal terakhir Dato' Syed
Mustaffa mempengerusikan PIBG sekolah kerana anak beliau telah tamat Tingkatan 5
pada akhir 2008.
Acara kemuncak AGM tahun ini ialah mendapat
persetujuan dari ahli-ahli mengenai kutipan bayaran tambahan serta lain-lain
kutipan yang difikirkan perlu. Para hadiran diberi penerangan dan rasional
kutipan dibuat.
Majlis dimulakan dengan tayangan multimedia yang
disediakan oleh Unit ICT sekolah. Selepas upacara perasmian, Minit Mesyuarat
serta laporan kewangan dibentangkan dengan teliti oleh Setiausaha, Pn Faridah
dan Bendahari Pn Chen SL.
Pengetua, En Ong Hock Thye telah memberi gambaran
secara kasar aktiviti-aktiviti 2008 serta aspirasi sekolah di tahun-tahun akan
datang. Penolong-penolong Kanan juga memberi rasional kutipan dibuat untuk
bidang-bidang masing-masing. Ibu bapa serta penjaga yang hadir, faham serta
menyokong perancangan sekolah. Em Hussin, wakil PIBG 2008, membentangkan
keperluan kutipan yuran PIBG sebanyak RM40 serta yuran untuk penggunaan
kemudahan makmal komputer untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2. Semua yang hadir pada
mesyuarat agung ini, telah dengan sukacitanya meluluskan permohonan kutipan
kewanagan untuk tahun 2009.
   
   
   
|